Tuesday 20 October 2009

KU HULURKAN KUNTUM KUNTUM HARUMAN KASTURI


KU HULURKAN KUNTUM KUNTUM HARUMAN KASTURI

Mengalir persis titisan hujan
Air mata setia membasahi pipi
Bahawa akulah insan kerdil
Mengucup pahala dan meratapi dosa
Di sisi-Mu yang ku kenali
Sejak lahir ke dunia ini
Sebagai Yang Maha Esa

Tika mentari mengucapkan salam
Angin berbunga mengusik alam
Sekurun rindu selaut teduh
Memayungi warna nestapa
Kala seribu dendam membasahi jiwa

Kuhuiurkan kuntum-kuntum haruman kasturi
Di telapak syurgawi taksub sujud
Menyusuri akar perjalanan
Bertemankan denyut jantung dan nafas
Bertangkaikan di cermin keinsafan

Nukilan: Azaika sr

No comments:

Post a Comment